Saturday, 11 February 2012
Sambutan Mauludir-Rasul
Muscat, Sultanate of Oman. 9hb Februari 2012
Sambutan Mauludir Rasul diadakan di kediaman Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Ustaz Hj.Awg.Besar di Muscat.
Acara dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh TYT. Di antara intisari ceramah beliau ialah mengenai kehidupan Rasulullah; bagaimana baginda memikirkan dengan cara hidup kaum Quraish waktu itu yang terlalu kucar-kacir, tidak tentu arah dan tidak lagi menunjukkan kemanusian semasa sendiri.
Baginda diputerakan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah. Dinamakan tahun Gajah ialah tahun itulah, tidak lama sebelum keputeraan Rasulullah, berlakunya serangan tentera Gajah Raja Yemen. Raja Yemen telah membina tempat beribadah yang sungguh megah dihisai dengan berlian dan emas, namun orang-orang masih mengunjungi Mekah. Raja Yemen dengki dan menghantar tentera Gajah baginda untuk memusnahkan Ka'abah dan Mekah.
Allah SWT menghantar burung-burung yang membawa batu-batu dari neraka, sehingga tentera Raja Yemen hancur seperti daub dimamah ulat.
Baginda Mohammad SAW, diangkat menjadi Rasul ketika banginda berusia 40 tahun. Ketika itu baginda berada di dalam Gua Hera. Jibril menjelma dan memeluk baginda dan menyuruh baginda membaca - seperti di dalam Surah Al-'Alaq:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."
Selesainya ceramah, semua hadirin pun berdiri dan berdikir, bunga telur dan bunga rampai turut mengiringi laungan dikir.

Seterusnya para hadirin menikmati jamuan.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad
). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Wassalam.
Labels: Maulud
Subscribe to Posts [Atom]




Post a Comment